Sabtu, 21 November 2009

KESILAPAN KITA TIDAK PERLU BERULANG-ULANG...


 Assalamualaikum W.B.T....


KESILAPAN KEWANGAN UMUM

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.

Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti Tak Apa, Nanti Dulu, Lepas Kahwin, Bila Anak Dah Besar, sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.

Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.

Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.

Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Takaful yang tidak mencukupi.

Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan/takaful bertauliah.

Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan/perunding takaful bagi mengatasi dilemma pengurusan kewangan anda?

TINDAKAN SUSULAN!!!
Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan di atas dan ambil tindakan sama ada merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang PERUNDING TAKAFUL .


Hubungi :
SHUKRI BIN ISMAIL
Tel No: 019-5496989
E-Mel : sbi1972@streamyx.com
Lokasi : Kedah dan Seberang Prai

Isnin, 16 November 2009

PRODUK - TABUNGAN PENDIDIKAN & PERLINDUNGAN (TAKAFUL)

 


Hadis :  
"Tinggalkan anak dan isteri didalam keadaan berada, lebih baik dari tinggalkan mereka didalam keadaan meminta minta"





Takaful bermaksud MENJAMIN,MENJAGA dan SALING BANTU-MEMBANTU

*** Salah tafsiran di dalam fikiran kita :






  • Anak-anak masih kecil,lambat lagi masuk universiti, jadi wang banyak diperlukan untuk perkara-perkara kehidupan (life survival). Akhirnya tanpa disedari anak anda telah mencecah umur 18 tahun! 


  • Dalam kesibukan tanggungjawab harian, terlepas pandang akan hal ini. Tak sempat hendak merancang dan ada juga yang tidak berapa ambil pusing dan endah tak endah kerana belum tiba masanya lagi.

 
  • Pendapatan tidak mencukupi untuk membuat tabungan pendidikan anak-anak. Keseluruhan pendapatan diperuntukan bagi menanggung keperluan harian dan bulanan. Bayar ansuran pinjaman peribadi, bayar ansuran pinjaman perumahan, bil air, bil elektrik dan pelbagai lagi.



  • Membuat tabungan pendidikan anak dalam instrumen yang tidak lengkap-hanya ada unsur simpanan semata-mata, tiada unsur jaminan dan perlindungan.



  • Masih ada yang mengharapkan wang pinjaman dari kerajaan. Mengharap kepada perkara yang tidak pasti - apakah akan berlaku 10, 18 tahun lagi, entah ada, entah tidak pinjaman dari kerajaan.

*** Kewajipan kita sebagai seorang Muslim : 

1.Ia tanggungjawab anda terhadap anak anda.
Ingat 'anak adalah amanah Allah'
2.Memastikan cukup wang untuk anak anda meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 
3.Memberikan jaminan kepada anak anda walaupun dalam keadaan anda meninggal dunia atau 'tidak berupaya'(lumpuh kekal)anda tetap berupaya menjalankan tanggungjawab anda dalam menyediakan wang pendidikannya.



 Untuk keterangan lanjut,sila berhubung dengan Perunding Takaful Anda :



Nama : Shukri bin Ismail
H/P : 019-5496989
E-mel : sbi1972@streamyx.com







Lokasi : Kedah Darul Aman dan Seberang Prai