Jumaat, 17 Disember 2010

Membaca Menjana Generasi Berilmu Dan Berakhlak


Amalan membaca memang telah disedari kepentingannya oleh semua golongan Membaca adalah suatu kegiatan yang amat penting dalam kehidupan manusia dan boleh membangunkan sesuatu masyarakat dari segi intelektual serta membentuk pemikiran kreatif dan kritis. Tidak hairanlah jika ungkapan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam mencari ilmu pengetahuan.
Islam memang agama yang menganjurkan manusia membaca. Ayat yang pertama daripada Allah kepada Nabi kita ialah ‘Iqra’ atau ‘Bacalah’. Al-Quran mengingatkan manusia tentang kepentingan akal iaitu ‘Afala ya’qilun’ untuk membolehkan manusia berfikir. Membaca juga merupakan jalan mengembangkan dan mempertajamkan pemikiran.
Amalan membaca di kalangan pelajar ,sejauh mana dijadikan satu budaya dalam kehidupan seharian mereka. Amalan ini telah diterapkan melalui program nilam dikelolakan oleh seorang guru nilam melalui guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jangan jadikan program ini sekadar memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan kepada  pihak guru dan pelajar. Maksudnya jadikan usaha itu sebagai satu amalan sehingga merasakan membaca buku itu adalah satu nikmat. Jika amalan ini tidak dilakukan seolah-olah terasa ralat dihati. Adakah kebanyakan pelajar membaca buku kerana mereka cuma bersedia membaca untuk membuat persiapan diri bagi menduduki peperiksaan? Jika ini berlaku maka amalan membaca adalah terlalu jauh dalam kehidupan seseorang individu. Pernahkah kita bertanya berapa buah buku yang dapat kita baca dalam sehari? Dalam sebulan berapa buah buku yang kita beli? Atau dalam seminggu berapa buah buku yang kita pinjam di perpustakaan? Hanya kita sahaja yang menetapkan itu.
Dengan adanya kemudahan internet di setiap rumah,pembelian buku-buku ilmiah dapat dilakukan dengan cepat dan efisen.Pembelian secara online di >>> Kedai Maya Iqranetworking<<< juga dapat menjimatkan masa,mengelakkan kesesakan lalulintas dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini ketika di luar rumah.
Di ketika  penggal persekolahan yang akan bermula diharapkan amalan membaca dikalangan pelajar-pelajar/anak-anak sepatutnya semakin maksimum. Galakan dan ingatan perlu diberi terhadap mereka, agar mereka memperolehi manafaat hasil aktiviti pembacaan dan amalan membaca itu perlu mempunyai kualiti. Berkualiti yang dikehendaki adalah bahan pembacaan yang bernilai keilmuan. Amalan membaca itu merupakan satu kaedah pendidikan seumur hidup yang dapat dilaksanakan dengan adanya komitment dari diri tidak kira peringkat usia, amalan membaca itu perlu dan hendaknya bersesuaian dengan tahap kefahaman, yang akhirnya menghasilkan petunjuk yang akan memandu manusia ke arah kemajuan diri yang sempurna.

Mutiara Pesanan :
“Ramai orang yang membaca tetapi kebanyakannya cuma hendak cepat menghabiskan bacaannya. Kebanyakan mereka yang sudah membaca, tidak faham apa yang dibacanya dan kebanyakan mereka yang sudah faham, tidak mengamalkan pula apa yang telah difahami.”

Koleksi Untuk Pelajar/Ibubapa

ANAKKU DAPAT SEMUA 'A'
HARGA : RM 20.00
KOD PRODUK : TBBK1134













21 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG
HARGA : RM 19.90
KOD PRODUK : TBBK1001












 PETUA PELAJAR CEMERLANG
 HARGA : RM 19.90
 KOD PRODUK : TBBK1002





 




 TEKNIK BELAJAR BERKESAN NUR AMALINA
 HARGA : RM 16.90
 KOD PRODUK : TBBK1005





 




 ADAB & PETUA KECERMELANGAN PELAJAR
 HARGA : RM 16.90
 KOD PRODUK : TBBK1017





 



JALAN PINTAS KE ARAH PELAJAR CEMERLANG
HARGA : RM 22.90
KOD PRODUK : TBBK1020