Sabtu, 14 November 2009

Kenali : LEMBAH BUJANG


                   
 Lembah Bujang merupakan tempat arkeologikal yang terkenal di Malaysia berpusat di :
1) Bukit Meriam,Bukit Coras dan di sekitar tepi pantai(Peringkat Perkembangan Awal
Pengaruh Buddha di abad ke 4)
2) Permatang Pasir,Batu Lintang,Tikam Batu dan Merbok(Peringkat Perkembangan
Hindu-Buddha ketika mencapai taraf pelabuhan ENTREPORT di abad ke 10 – 14)
3) Di pendalaman Sg Muda kerana dipengaruhi faktor perubahan muara(Peringkat
Kemalapan Budaya di abad ke 14)
4) Di persekitaran Lembah Bujang ketika di bawah naungan Kerajaan Srivijaya dan
perkembangan agama Hindu(Peringkat Kegemilangan Kerajan Srivijaya di abad
ke 7 – 9 )

Keluasan Fizikal

Lembah Bujang mempunyai keluasan 224 Kilometer/Persegi yang merangkumi :
1) Bahagian Utara (Persekitaran kaki Gunung Jerai/Pembatasan Bukit Coras)
2) Bahagian Barat (Persekitaran kaki Gunun Jerai – Kuala Sungai Muda)
3) Bahagian Timur (Perbatasan Bukit Coras/Gunung Jerai – Sg Muda)
4) Bahagian Selatan (Kuala Sungai Muda – Pinang Tunggal)

Sumber Rujukan : Arkib Negara




                                                                     Terkini (2009)




Asal Nama ‘ BUJANG ‘

Lembah Bujang pernah dikaitkan dengan Kerajaan Kedah Tua kerana penempatan kerajaan tersebut
Bujang berasal daripada perkataan Hindu-Buddha iaitu ‘BHUJANGGA’ , bermaksud NAGA atau ULAR denagan melambangkan KEMAKMURAN.Perkataan ‘Bhujangga’
berasal dari perkataan ‘BRAHMIN’(Sistem Kasta Hindu) yang bermaksud golongan
intelektual/cerdikpandai

P/S : Bukan ‘Bujang’ bermaksud tak kahwin @ janda

Foto-foto Penemuan Baru : Tamadun Awal Asia 











Kerja-Keja Penyelidikan Dilakukan Oleh USM

~ Foto Disumbangkan Oleh Blogger

Isnin, 9 November 2009

Tip Kurangkan MALU

Tip Malu #1
Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Kalau tiba-tiba buat public speaking atau public appearance, memang la tak berani and rasa malu. Tetapi, buat sedikit- sedikit, contoh, kalau dalam meeting tak pernah bersuara, paksakan diri untuk bersuara walaupun sedikit sahaja. Lama kelamaan, perasaan malu akan berkurangan sedikit demi sedikit.

Tip Malu #2
Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contoh, kita takut “apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Pada hakikatnya, ia memang benar- orang disekeliling anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai anda!

Tip Malu #3
Yang ini favourite saya. Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenrnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tak perlu tunjukkan yang anda ni pemalu. Berlakon seperti Rosyam Nor ke, seperti Erra ke, yang anda bukan seorang yang pemalu. Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba!

Cuba ketiga-tiga tip di atas dan anda juga lambat laun akan menjadi muka tak malu ;)

shuhael98@yahoo.com.my



REZEKI VS MALU

Sememangnya masyarakat Malaysia ramai yang malu-malu cat (kucing). Nak memulakan perniagaan pun malu. Jumpa pelanggan pun malu. Perasaan malu ada baiknya, tetapi adakalanya, akan menghentikan pencapaian kita. Saya sendiri pun pemalu juga orangnya :)

Tetapi, bila tiba bab perniagaan, saya fikirkan 3 perkara ini apabila timbul rasa malu…

1. Menjalankan perniagaan adalah perkara yang mulia dan amat digalakkan oleh agama. Berniaga BUKAN meminta sedekah, jadi buangkan sifat malu itu.

2. Kata pakar perniagaan barat, sifat “malu” adalah perkara yang paling BAIK yang boleh terjadi kepada pesaing anda. Lagi anda malu, lagi mudah pesaing anda mengaut pasaran perniagaan anda! Lebih mudah mereka menyaingi anda.

3. Sebab itu saya menjalankan perniagaan Internet… salah satu kebaikan perniagaan internet adalah tidak perlu berjumpa dengan pelanggan! :)

Malu adalah sifat semula jadi yang ada pada setiap insan. Tanggungjawab kita adalah untuk memastikan sifat tersebut tidak menghentikan kita dalam meraih rezeki 9/10 yang dijanjikan dalam perniagaan. Bak kata orang… malu bertempat lah. Siapa malu, dialah yang rugi.

shuhael98@yahoo.com.my

Ahad, 8 November 2009

Strategi Pemasaran Perniagaan Lebih Efisen



Tidak kisah kita melakukan perniagaan Offline atau Online, betapa pentingnya kita fokus pada satu bidang kepakaran agar kita ada sesuatu untuk dijadikan sebagai tempat berpaut.
Jika pada hari ini kita mengatakan kita fokus pada bidang A, lusa secara tiba-tiba kita kata bidang B pula. Jika sekarang kita buat model bisnes X, bulan depan kita buat pula model bisnes Z. Kesan buruk menukar bidang kepakaran ini walau pada pandangan kasar tidak begitu nampak kesan negatifnya, tetapi ianya tetap ada. Orang kata, ia ‘makan dalam’.
Bukan bermaksud kita tidak boleh melakukan beberapa bidang kepakaran dalam satu masa, tetapi kita perlu ada satu kepakaran yang spesifik dan menjadi keutamaan kita. Yang lain-lain itu mungkin secara sampingan sahaja untuk menambah pelbagai sumber pendapatan.
Mengapa perlu fokus kepada satu bidang kepakaran sahaja?
1. Kita mudah untuk menguruskan hidup dan perniagaan kita. Biasanya satu bidang kepakaran pun sudah banyak cabang yang boleh kita terokai.
2. Mudah untuk belajar dan mengkaji secara konsisten. Anda semua tahu apa yang saya maksudkan. Satu benda meringankan otak. Banyak benda membuatkan kita mudah serabut.
3. Bisnes kita tetap survive kerana kita mempunyai sebab untuk orang (pelanggan) menghubungi kita atau referral yang terhasil daripada promosi percuma orang lain atau promosi jangka masa panjang kita.
4. Pelanggan sedia ada tetap dapat dihubungi tanpa batasan. Tetapi jika berubah bidang kepakaran, kemungkinan besar senarai pelanggan sedia ada sudah tidak berguna lagi sebab tidak berkaitan dan tidak targeted dengan bidang kepakaran yang baru.
5. Tidak perlu bermula dari ‘zero’. Bayangkan anda sudah menghabiskan bertahun-tahun lamanya untuk membina sebuah jenama perniagaan anda. Tapi sekarang anda mahu berhenti dan melakukan perkara lain pula. Alangkah ruginya kerana anda perlu bermula dari kosong semula untuk membina jenama, produk dan sebagainya. Rugi masa rugi tenaga. Apalah salahnya menggunakan jenama sekarang untuk mempelbagaikan produk dan servis. Di sinilah pentingnya berfikiran kreatif dan tidak mudah berputus-asa.
6. Mudah untuk mengurus hidup dan mengatur strategi perniagaan dari semasa ke semasa. Melakukan usaha peningkatan diri lebih mudah kerana tetap pada perkara yang satu.
Sebab-Sebab Menukar Bidang Kepakaran
Kebiasaannya mereka yang menukar bidang kepakaran perniagaan adalah kerana:
1. Terpengaruh. Pantang melihat orang lain dapat berpuluh-puluh ribu dengan model bisnes XYZ, terus mahu buat seperti mereka. Janganlah yang dikendong keciciran, yang dikejar tak dapat.
2. Mahu berubah. Percayalah, kita tidak boleh lari daripada ujian, masalah dan rintangan hidup. Buatlah apa bidang pun, masalah akan tetap ada. Masalah perlu dihadapi dan bukannya dengan melarikan diri.
3. Berputus Asa. Apabila bidang yang dilakukan tidak menjadi atau hasil tidak seberapa, maka mereka terus berputus asa dengan menyalahkan bidang tersebut. Buatlah apa saja bidang, yang penting adalah tindakan. Dalam perniagaan, salah satu unsur penting adalah marketing. Kalau tidak buat marketing yang betul dan konsisten, maka itulah sebab tidak mendapat hasil yang bagus.
4. Pasaran Tepu. Dengan andaian tanpa fakta, maka mereka meninggalkan bidang kepakaran mereka. Mereka tidak sedar bahawa mana-mana bidang pun boleh tepu juga seperti yang mereka andaikan. Kita perlu bezakan antara produk, pasaran dan bidang. Bidang atau sesuatu industri tidak akan berubah. Yang berubah hanya keperluan semasa dan mungkin persaingan produk yang sama.
Maka sebab itu kita perlu selalu membaca dan mengenalpasti perkara yang perlu dilakukan pada masa tersebut. Mungkin sesuatu kaedah sekarang sudah tidak berkesan pada 10 tahun nanti. Jadi pada masa tersebut kita perlulah ikut keperluan atau kehendak pada zaman tersebut. Tapi tidak perlulah berubah bidang. Yang perlu diubah hanya pengetahuan atau kaedah.
5. Tidak Puas Hati dan Dengki. Apabila mereka melihat orang lain berjaya hebat dalam sesuatu bidang tertentu, mereka pun mahu buat juga. Pada mereka, mereka pun boleh hebat juga. Perasaan dengki telah menguasai mereka. Ubat kepada penyakit ini adalah BERSYUKUR apa yang kita sedang lakukan dan hasil yang sedang kita dapat. Kemudian perbaiki mana yang kurang dan perhebatkan lagi usaha. Jadi diri sendiri dan jangan mahu jadi seperti orang lain.
Janganlah mudah terpengaruh dengan iklan-iklan pihak tertentu yang kita boleh jadi kaya raya dengan sesuatu model bisnes atau bidang. Ia hanya iklan, belum tentu realistik untuk diri kita. Jadi hati-hati dengan perangkap sebegini. Ia berada di mana-mana sahaja walaupun di dalam bidang Internet Marketing yang betul.
Kuatkan tapak anda dan terus melangkah ke hadapan. FOKUS.
Tetapi apa yang akan terjadi jika saya menukar nama saya, nama domain dan menukar segalanya? Ya, saya akan jadi orang baru. Tetapi adakah itu bermaksud saya akan bebas daripada masalah dan ujian? Tidak sama sekali. Jadi apa yang saya perlu buat? Ya, ubah dan buat STRATEGI. Tetap mengunakan nama sama dan jenama sama. BUKAN ubah diri atau ubah nama. Kita tidak boleh ubah diri kita tetapi kita boleh mengubah strategi, perancangan, habit dan juga pemikiran kita.
Saya sendiri bukanlah orang yang luar biasa hebat. Saya hanya orang biasa seperti orang lain. Masalah, ujian, rintangan dan cabaran, saya juga menghadapinya. Jatuh, bangun, kecewa, bosan, letih dan 1001 lagi rasa saya juga merasainya. Pernah juga mahu berputus asa, namun apa yang akan saya dapat? Jadi saya tetap perlu tabah, let go apa yang memberat hati dan fikiran, terus berusaha dan hadapi apa yang datang sebaik mungkin.
Kesimpulan Dan Saranan
Janganlah terlalu mudah membuat keputusan untuk beralih kepada bidang kepakaran yang lain melainkan anda mempunyai sebab yang munasabah untuk melakukannya. Apa pun, ia adalah hak anda. Anda tentukan sendiri apa yang terbaik untuk dilakukan. Kalau berubah lebih baik daripada tidak berubah, maka memang digalakkan berubah.
Cuma peringatan saya, adakah wajar kita merobohkan empayar yang telah kita bina begitu saja tanpa sebab yang munasabah? Sudah semestinya tidak. Jangan semata-mata sebab kecewa, bosan, karenah pelanggan dan sebagainya, kita rela menghancurkan sesuatu yang telah kita bina dalam masa yang lama dan menggunakan tenaga siang dan malam.
Sedikit tip daripada saya jika datang perasaan bosan atau seumpama dengannya, anda berehatlah seketika. Bosan itu bagi saya ia adalah normal. Apabila diri bosan, bermakna ia satu isyarat agar kita perlu berehat seketika kerana mungkin kita sudah menggunakan tenaga dan minda kita secara berlebihan. Badan dan minda kita pun perlu berehat juga. Pergilah bercuti atau lakukan sesuatu yang boleh mengisi ruang kebosanan tersebut.
Bosan bukan elemen yang negatif. Tetapi ia adalah satu ruang untuk kita muhasabah kembali diri kita atau menyusun hidup kita yang mungkin sudah terlajak sedikit. Inilah kurniaan Allah melalui sifat bosan. Cuma kita perlu lakukan sesuatu yang positif seperti bercuti, beruzlah dengan ALLAH dan pelbagai aktiviti yang lain. Jangan pula pergi merempit atau berdisko berdandut untuk hilangkan bosan. Itu cari bala namanya. :D
Jadi selepas kita memahami apa itu bosan dan mengapa kita bosan, kita tidak akan mengeluh lagi. Ia adalah normal dan bermusim. Kalau datang bosan, muhasabah lah diri dan lakukan aktiviti yang positif. Orang kata, “bateri kita kenalah cas kalau dah lemah”. Ya, diri kita masa bosan adalah dalam keadaan yang lemah. Jadi perlulah isi balik tenaga dan semangat dengan cara-cara tertentu.
Di sini kita semakin jelas bahawa perasaan bosan itu adalah sesuatu yang baik jika kita faham sebaik mungkin. Bosan akan menyebabkan kita akan mencari apakah kurang dan salah kita. Akhirnya kita akan kembali semula kepada Agama atau norma hidup yang positif.
Kita hanya hidup sekejap sahaja di muka bumi ini. Rata-rata manusia mati pada sekitar umur 50 – 60 tahun. Jika kita berubah-rubah prinsip, usaha dan sebagainya, alangkah ruginya hidup kita. Membazir ruang, masa, tenaga dan wang ringgit. Tentukan apa yang kita mahu pada masa hidup ini dan rancang sebaik mungkin apa yang perlu kita lakukan.
Hidup adalah terlalu singkat untuk sering berubah. Melainkan berubah ke arah yang lebih baik.
Wassalam.
shuhael98@yahoo.com.my