Khamis, 23 September 2010

Bekerjasama Ke Arah Kebaikan

Persiapan Bagi Seorang Perunding Takaful Cemerlang

Sebagaimana yang telah di ketahui umum,kerjaya sebagai PERUNDING TAKAFUL adalah kerjaya yang mulia disisi Allah dan menepati dengan firman Allah yang bermaksud :-

"Bekerjasamalah antara kamu ke arah kebaikan dan janganlah sekali-kali bekerjasama ke arah dosa dan permusuhan "  - Surah Al-Maidah (Ayat 2)

Di atas alasan inilah bagi setiap PERUNDING TAKAFUL perlu bersungguh-sungguh melakukan dengan keikhlasan dalam memberi perlindungan dan kewangan kepada BAKAL PROSPEK .
Setiap PERUNDING TAKAFUL yang baru MESTILAH membuat tranformasi secara besar-besaran dari segi MINDA dan FIZIKAL dengan pendekatan konsep HIJRAH.
Konsep HIJRAH diterjemahkan sebagai :-
H - Hajat (Nawaitu Yang Ikhlas)
I  - Ilmu (Hadirilah Majlis-Majlis Ilmu)
J  - Jalan (Cara Perlaksanaan Kemas Dan Sistematik)
R - Rintangan(Pencetus Idea Baru)
A - Aktiviti Yang Terancang Dan Berterusan(Istiqamah)
H - Halatuju(Sasaran)

Selepas semua prinsip HIJRAH disebatikan dalam minda, penyediaan ketahanan Mental dan Fizikal pula perlu dititikberatkan.
*Fizikal - Setiap PERUNDING TAKAFUL perlulah kelihatan ceria dan sihat sepanjang masa
*Mental - Setiap PERUNDING TAKAFUL perlulah berfikiran positif/bersangka baik
Setiap PERUNDING TAKAFUL juga perlulah mempunyai sifat ingin  ke hadapan dan sentiasa berusaha untuk berjaya serta tanamkan sifat tidak mudah berpuashati ke atas kejayaan yang telah dicapai.

" JANGAN TAKUT KEPADA PERSAINGAN KERANA YANG PALING                                
   DITAKUTI IALAH KITA TIDAK MAMPU BERSAING LAGI "